Karya Larian Jiwa

Monday, August 08, 2005

Memori Persekolahan

bilaku
terkenang memori
dahulu
bermain di fikiran
segala
yang tersimpan kini
kembali
menyapa

suka duka
yang kita lalui
tiada
kan dapat aku lupakan
semuanya
masih kekal dalam ingatan

chorus#1:

desiran angin
bawa laguku
terbang kepadamu
sampaikan rindu
dari hatiku
kuutus kepadamu
persahabatan
yang kita bina
hingga kini masih utuh
syukurlah kita
kerana masih seperti dulu

dedaun
masa yang berguguran
kukutip
kujadikan hiasan
di kamar
hatiku yang merindu
kan ku tunggu
masa yang kita janjikan

kita bersama
menggenggam kejayaan
bawa wawasan
untuk anak2 watan
menggapai cita
yang selama ini
kita bersama impikan

chorus #2:
walau dipisahkan
tujuh benua
jua tujuh lautan
kau dan aku
dengan keyakinan
pulang dengan kejayaan
dengan semangat
yang kita genggam
sejak persekolahan
bina generasi beriman

bridge:
berhati-hati teman
dalam perjalanan ini
jgn sekali lupa pada Tuhan
jalinan rasa keimanan
itulah perlu dikekalkan
moga hati terikat
dalam Rabitah
kupanjatkan