Karya Larian Jiwa

Monday, April 24, 2006

Gurindam Rasa

hibanya perasaan
air mata bergenangan
getaran di jiwa
tiada tertahan

menyoroti hidupmu
yang suram dan kelabu
hidup terbeban
dengan derita
henti tiada

peritnya hidup tamu
alam suram tak terbantu
pedihnya dihina
namun kau tetap membisu

mengapa tiada siapa
menghulur tangan padanya
andai kau tahu
nilaian tuhan
ada di situ

chorus:
sebelum akhirnya
hati-hati manusia
semuanya hilang sifat kemanusiaan

hulurkan bantuan
kepada yang memerlukan
ringankan beban
hindarkan azab Tuhan

hidup miskin dan kaya
keduanya sama sahaja
andai tiada bahagia
hidup nilai tiada

oleh itu dengarlah
hulurkan sedekah
ringankan beban
ukhuwwah terjalin
kita eratkan

repeat chorus:

bridge:
nilaian dunia, keindahan
lukisan alam, senyuman insan..
nilaian akhirat, di sisi Tuhan
bagaimana harta mu dibelanjakan..